Saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan pengkhususan Kepimpinan Pedagogi di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Saya mengalu-alukan kesudian saudara-saudari ke blog Anjung Pelangi. Blog ini menyediakan ruangan untuk berkongsi ilmu dan pendapat. Saya berharap bahan-bahan yang disediakan di sini dapat memberikan manfaat kepada pengunjung. Perkongsian ilmu menerusi blog seumpama ini tentunya dapat memperluaskan pengetahuan kita terhadap sesuatu perkara di samping menjalankan amanah menyebarkan ilmu pengetahuan untuk manfaat manusia seluruhnya, sesuai dengan maksud hadis Rasulullah SAW yang berbunyi, sampaikanlah dariku walau satu ayat. Oleh itu, sumbangan dan buah fikiran yang dikongsikan dalam blog ini diharap mendapat ganjaran di sisi tuhan. Saya berbesar hati atas kesudian saudara-saudari melibatkan diri dalam perkongsian ilmu ini.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Penerapan Kemahiran Berfikir (KB) dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran Berfikir adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersirat. Ruangan ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
BERFIKIR Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan menyelesaikan masalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea.
Tahniah.. satu permulaan yg hebat...
ReplyDelete